Akaun sedekahramadhan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Berkongsi Rezeki Ramadhan

Berkongsi Rezeki Ramadhan

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ الله - صلى الله عليه وسلم - حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ .

Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.”


Berkongsi Rezeki Dibulan Ramadhan


Harga untuk satu pek makanan berbuka puasa RM5 ringgit. Anda boleh infakkan atas nama sendiri, orang tersayang yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.


Di bawah ini senarai kawasan yang akan menerima juadah berbuka puasa:

  1. PPR Batu Muda Blok A kuala lumpur
  2. PPR Batu Muda Blok B kuala lumpur
  3. PPR Batu Muda Blok C kuala lumpur
  4. PPR Batu Muda Blok D kuala lumpur
  5. PPR Pekan Batu Blok A jalan ipoh, kuala lumpur
  6. PPR Pekan Batu Blok  B jalan ipoh, kuala lumpur
  7. PPR Sri Semarak jln air panas setapak, kuala lumpur
  8. Flat taman melati fasa 2A, kuala lumpur

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada daripada tahun-tahun sebelumnya.


GAMBAR-GAMBAR AGIHAN PEK MAKANAN BERBUKA PUASA TAHUN INI.


Kita sasarkan untuk beri makan berbuka kepada 700 orang yang terkesan dengan kehidupan sekarang. Dalam kesusahan, sekurangnya, ada juga juadah berbuka untuk mereka.


Kenapa kita nak beri makan terutama di bulan Ramadhan?

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”  (Hadis sahih Riwayat al-Tirmizi)


Sasaran yang Pertubuhan Bakti anggarkan RM5 x 700 pek makanan berbuka sehari = RM3,500

30 hari Ramadhan x 700 pek makanan = 21,000 pek makanan berbuka diperlukan ramadhan ini.


 UPDATE KEMPEN BERKONGSI REZEKI RAMADHAN 

Sasaran: 21,000 pek berbuka

Terkumpul:  17,942 pek berbuka telah diterima 

Masih diperlukan:  3,058 pek berbuka 




Masih banyak lagi pek berbuka yang kurang kan?

Jadi ayuh kita rebut pahala bersedekah dan menjamu makanan berbuka untuk saudara seislam kita.


Pernahkah kita terfikir, bagaimanakah agaknya andai Ramadan kali ini ialah Ramadan yang terakhir dalam hidup kita?


Tuan Puan semua mari bersama letakkan azam dalam diri untuk benar-benar mengisi Ramadan dengan ibadah dan amal kebaikan agar Allah SWT mengurniakan buat kita keampunan di dunia dan akhirat.